Pengujian
* Pengujian merujuk kepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu.
* Ujian terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan pelajar memberi satu set tindak balas / respon.
* Calon ujian mungkin dikehendaki menyelesaikan suatu masalah matematik, melukis satu gambar rajah, menyusun radas, mentakrif sesuatu perkataan dan sebagainya.
* Ujian yang merupakan alat pengukuran hanya membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar (dalam bentuk markah) sahaja.
Tujuan pengujian adalah seperti berikut:
- Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai.
- Mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain.
- Ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada pelajar sebelum pengajaran.
- Ujian diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran dan dengan itu membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan.
* Pengukuran pendidikan merupakan suatu proses yang menentukan kuantiti atau takat pembelajaran pelajar dan keberkesanan pengajaran guru.
* Alat pengukuran yang digunakan guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori, atau sesuatu skala.
* Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan.
Fungsi-fungsi pentaksiran adalah seperti berikut:
- Mengesan hasil pembelajaran yang telah diperoleh.
- Mengesan jenis kemahiran yang diperoleh.
- Mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain.
- Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar.
* Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu proses mentaksir sama ada kuantiti atau takat sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak.
Tiga langkah penilaian:
- Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur.
- Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran.
- Membuat sesuatu pentaksiran (pertimbangan) tentang hasil pengukuran.
*Ia adalah proses menggunakan data kuantiti dan kualiti untuk membuat taksiran dan keputusan.
* Data kualiti diperoleh daripada rekod peristiwa dan rekod pemerhatian tingkah laku seseorang individu.
* Contoh data kualiti adalah seperti, " Amir adalah seorang pelajar yang cerdas dan berinisiatif".
* Data kualitatif meliputi nilai berangka atau markah seperti "Ahmad mempunyai darjah kecerdasan 120".
* Ringkasnya, penilaian melibatkan penggunaan maklumat untuk membuat sesuatu keputusan.
* Penilaian merupakan satu aspek proses pembelajaran yang penting sekiranya ia menggalakkan pelajar membaiki pencapaiannya, membantu guru membuat taksiran tentang kesan pengajaran mereka.
0 comments:
Post a Comment