CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 5, 2009

PENGERTIAN DAN KONSEP

Pengujian


* Pengujian merujuk kepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu.

* Ujian terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan pelajar memberi satu set tindak balas / respon.

* Calon ujian mungkin dikehendaki menyelesaikan suatu masalah matematik, melukis satu gambar rajah, menyusun radas, mentakrif sesuatu perkataan dan sebagainya.

* Ujian yang merupakan alat pengukuran hanya membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar (dalam bentuk markah) sahaja.

Tujuan pengujian adalah seperti berikut:
  1. Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai.
  2. Mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain.
  3. Ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada pelajar sebelum pengajaran.
  4. Ujian diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran dan dengan itu membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan.
Pentaksiran

* Pengukuran pendidikan merupakan suatu proses yang menentukan kuantiti atau takat pembelajaran pelajar dan keberkesanan pengajaran guru.

* Alat pengukuran yang digunakan guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori, atau sesuatu skala.

* Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan.

Fungsi-fungsi pentaksiran adalah seperti berikut:
  1. Mengesan hasil pembelajaran yang telah diperoleh.
  2. Mengesan jenis kemahiran yang diperoleh.
  3. Mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain.
  4. Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar.
Penilaian

* Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu proses mentaksir sama ada kuantiti atau takat sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak.

Tiga langkah penilaian:
  1. Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur.
  2. Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran.
  3. Membuat sesuatu pentaksiran (pertimbangan) tentang hasil pengukuran.
* Dari segi konsep, penilaian merupakan yang paling luas.

*Ia adalah proses menggunakan data kuantiti dan kualiti untuk membuat taksiran dan keputusan.

* Data kualiti diperoleh daripada rekod peristiwa dan rekod pemerhatian tingkah laku seseorang individu.

* Contoh data kualiti adalah seperti, " Amir adalah seorang pelajar yang cerdas dan berinisiatif".

* Data kualitatif meliputi nilai berangka atau markah seperti "Ahmad mempunyai darjah kecerdasan 120".

* Ringkasnya, penilaian melibatkan penggunaan maklumat untuk membuat sesuatu keputusan.

* Penilaian merupakan satu aspek proses pembelajaran yang penting sekiranya ia menggalakkan pelajar membaiki pencapaiannya, membantu guru membuat taksiran tentang kesan pengajaran mereka.

Rajah 1: Perhubungan antara pengujian, pentaksiran, dan penilaian

0 comments: